Soalan Lazim
Berapakah bayaran deposit yang diperlukan untuk membuat tempahan pakej?
Kami memberi kemudahan kepada semua pelanggan Citra Nusantara dengan menawarkan 3 kali pembayaran iaitu;
1) 10% bayaran dari jumlah sebutharga hendaklah dibuat sebagai pengesahan tempahan.
2) 70% bayaran dari jumlah sebutharga hendaklah dibuat SATU BULAN sebelum tarikh majlis.
3) Baki 20% bayaran dari jumlah sebutharga hendaklah dibuat DUA MINGGU sebelum majlis.
Adakah pakej katering termasuk dengan perkhidmatan kanopi dan kerusi-meja?
Ya tapi hanya untuk pakej perkahwinan sahaja. Pakej lain sekiranya perlu boleh minta sebutharga tambahan dari pihak kami.
Adakah kami boleh mencuba makanan yang disediakan oleh pihak Citra Nusantara?
Selepas membuat bayaran sebanyak 10% deposit sebagai pengesahan tempahan, pelanggan boleh datang ke pejabat urusan kami untuk food tasting.
Apakah jenis khemah yang disediakan?
Jenis khemah Arabian
Bolehkah menempah pakej katering tanpa kerusi-meja?
Boleh. Maklumkan kepada spoke person dari pihak kami.
Adakah karpet merah disediakan?
Apabila diminta dan terdapat bayaran tambahan untuk karpet merah.
Berapakah orang petugas yang akan disediakan untuk 1000 orang tempahan?
10-13 orang pramusaji dan 1 orang event coordinator.
Bagaimanakah cara pembayaran?
Pembayaran hendaklah dibuat ke akaun CIMB Islamic Citra Nusantara Sdn Bhd.
Jika makanan rosak sewaktu diserahkan kepada pelanggan, apa tindakan Citra Nusantara?
Kami akan mengenalpasti punca kerosakan dan sekiranya ianya adalah dibawah kesalahan pihak kami, kami akan menggantikannya dengan makanan yang baru dengan kadar segera.