Tentang Kami
Citra Nusantara Sdn Bhd
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2013, Citra Nusantara Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% dimiliki oleh Bumiputera. Mula mengorak langkah dalam bidang katering apabila mendapat peluang menyediakan perkhidmatan katering di pusat-pusat latihan perindustrian, badan kerajaan dan swasta, institut pengajian tinggi dan lain-lain.
Kini, kami melangkah lebih jauh kehadapan apabila mengembangkan kepakaran kami dalam menyediakan perkhidmatan katering khususnya untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan, serta pakej-pakej perkahwinan mengikut kesesuaian bajet dan citarasa anda yang pasti akan memikat hati.
Misi
- Memberi kepuasan kepada pelanggan dengan penyediaan perkhidmatan yang bernilai dari yang dibayar oleh pelanggan.
- Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan tapi masih mengekalkan konsep profesional dalam berurusan.
- Memberi perkhidmatan yang terbaik dengan penyediaan makanan yang berkualiti yang menjadi ingatan para tetamu yang datang
Visi
Sama seperti mana-mana syarikat perkhidmatan katering yang lain, kami juga berimpian untuk menjadi salah satu syarikat Food & Beverage (F&B) pilihan rakyat Malaysia dalam penyediaan makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan harga yang kompetitif.